AD: Acara myTukar Jom Raya hujung minggu ini — 1k kereta, Raytech tint dan baucar Shopee percuma

0
0

Mencari tawaran terbaik untuk kereta terpakai? Kalau begitu, akan ada banyak tawaran diberikan di acara Jom Beraya Di myTukar yang berlangsung hujung minggu ini, dari 20 hingga 22 Mei, di myTukar Retail Experience Centre di Puchong South, Selangor dan Plentong, Johor Bahru.

Anda akan mempunyai banyak pilihan kenderaan terpakai untuk dipertimbangkan, terdiri daripada kereta harian bajet hinggakan kepada sedan premium. Dan, sudah tentu ada banyak juga SUV, MPV dan trak pikap. Dengan lebih daripada 1,000 kenderaan tersedia untuk dipilih, anda pasti berjumpa dengan pilihan yang sesuai.

Untuk menjadikan tawarannya lebih mengujakan, MyTukar turut menyediakan hadiah bagi setiap pembelian kenderaan di acara berkenaan. Yang dimaksudkan ialah filem penapis haba Raytech percuma dan baucar Shopee bernilai RM200. Anda juga turut berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai hingga RM12,000, termasuk percutian 3H/2M ke Langkawi.

Anda tak perlu risau dengan kualiti pembelian yang dibuat. Semua kereta yang ada di acara berkenaan telah melalui pemeriksaan 160-poin dan pembaikan untuk membolehkannya menerima label myTukar Certified: ini bermakna tiada perubahan dilakukan terhadap bacaan meter dan tidak pernah berlaku sebarang kemalangan teruk, baik kebakaran atau banjir ke atas kereta terbabit. Setiap kenderaan juga datang dengan jaminan 12-bulan bagi enjin dan kotak gear.

Membuat pembelian juga mudah, memandangkan myTukar akan menguruskan pemeriksaan Puspakom dan pendaftaran dengan JPJ untuk anda. Begitu juga untuk mendapatkan pinjaman dan insuran untuk kereta — anda tidak perlu risau kerana boleh memilih daripada senarai financial institution dan syarikat insuran yang telah disediakan.

Lebih penting, sekiranya anda sukar untuk datang mengambil kenderaan yang dibeli, syarikat ini akan menghantar kereta anda ke rumah. Membeli kereta tidak pernah semudah ini, jadi berkunjunglah ke myTukar Retail Centre di Puchong dan Plentong hujung minggu ini — dari 9.30 pagi hingga 6.30 malam — untuk mencari kereta anda yang berikutnya.

Google Maps: MyTukar Retail Centre – Puchong
Lot 14225, KM 3, 8, Lebuhraya Damansara – Puchong, 47100 Puchong, Selangor

Google Maps: MyTukar Retail Centre – Plentong
Lot 150114, Jalan Masai Lama, Taman Perindustrian Plentong, 81750 Johor Bahru, Johor



Source link