AD: Jom servis dengan Havoline – servis tiga kali di autoPro, dapat minyak percuma untuk kali keempat

0
33

Anda ada perancangan untuk tukar minyak hitam kenderaan? Bagaimana kalau kami kata anda boleh dapatkan minyak enjin percuma untuk servis kali keempat (atau kelima)? Chevron Malaysia kini sedang membuat tawaran eksklusif melalui kempen Jom Servis dengan Havoline.

Sudah pun bermula sekarang, sehingga 30 Jun tahun hadapan, pelanggan yang menghantar kenderaan untuk servis di mana-mana bengkel jenama Havoline atau autoPro menggunakan minyak enjin Havoline 4L berpeluang untuk menerima ganjaran dalam promosi beli-3-percuma-1 atau beli-4-percuma-1.

Dalam kempen beli-3-percuma-1, apa yang perlu anda lakukan cuma servis kenderaan tiga kali berturut-turut menggunakan pek 4L Havoline Professional DS Absolutely Artificial LE SAE 5W-40 atau Havoline Professional DS Absolutely Artificial ECO 5 SAE 5W-30, dan untuk servis kali keempat, anda akan mendapat minyak enjin sama secara percuma.

Bagi promo beli-4-percuma-1 pula, lakukan servis empat kali berturut-turut dengan sama ada pek 4L Havoline Professional DS Absolutely Artificial ECO 5 SAE 0W-20, Havoline Artificial Mix SAE 10W-40 atau Havoline Artificial Mix SAE 5W-30, dan anda akan mendapat pek 4L yang sama pada servis kali yang kelima.

Untuk layak menyertai tawaran ini, selepas melakukan pembelian produk Havoline tersebut, anda perlu melayari laman Facebook rasmi jenama itu, daftar maklumat diri dalam borang-e, sertakan resit pembelian produk dan hantar perincian tersebut.

Tawaran eksklusif ini hanya tersedia di Havoline autoPro dan bengkel berjenama Havoline.

Source link