Home English News Automotive BMW iX3 M Sport 2022 di Malaysia – dari RM307,160

BMW iX3 M Sport 2022 di Malaysia – dari RM307,160

0
BMW iX3 M Sport 2022 di Malaysia – dari RM307,160

Tahun ini adalah tahun yang baik bagi sesiapa yang ingin membeli kenderaan elektrik (EV) kerana kerajaan telah memutuskan pengecualian cukai dan duti eksais bagi kenderaan jenis itu, menyaksikan harganya kini semakin rendah. BMW telah mengumumkan perubahan harga yang dibuat untuk EV mereka, dan ini termasuk BMW iX3 M Sport, yang ditawarkan di Malaysia dalam dua varian iaitu Inspiring dan Impressive, pada harga masing-masing RM307,160 dan RM325,160.

Jika dibandingkan dengan harga waktu ia dilancarkan pada Oktober tahun lepas, iX3 Inspiring mencatat penurunan sebanyak RM10,200 manakala iX3 Impressive turun RM11,200. Sekiranya anda mengambil pakej jaminan dan servis tambahan lima tahun pula, harganya akan menjadi RM322,800 untuk iX3 Inspiring dan RM340,800 untuk iX3 Impressive.

Jika mahu menambah Power Package yang memberikan BMW i Wallbox 22 kW serta BMW i Standard Charging Cable (tidak termasuk kos pemasangan), harga SUV elektrik ini akan menjadi RM327,800 untuk iX3 Inspiring dan RM345,800 untuk iX3 Impressive. Jaminan bateri selama lapan tahun diberikan secara customary.

Secara mekanikalnya, kedua-dua varian adalah sama sahaja, iaitu dikuasakan oleh motor elektrik berkemampuan 210 kW (286 PS) dan 400 Nm tork, yang terletak di belakang. Dengannya, SUV ini boleh memecut 0-100 km/j dalam masa 6.8 saat sebelum mencapai laju maksimum 180 km/j.

Ia juga dipasang dengan bateri lithium ion 73.8 kWh, yang dapat memberikan jarak gerak antara 453 hingga 461 km sekali cas. Pengecasan pula boleh dilakukan dalam masa sekitar tujuh jam setengah menggunakan kuasa AC maksimum 11 kW sementara apabila menggunakan pengecas pantas DC sehingga 150 kW pula, bateri boleh mencecah tahap 80% penuh dalam masa hanya 32 minit.

Model iX3 yang tiba di Malaysia adalah versi facelift, sekaligus ia terus mendapat lampu hadapan yang lebih nipis serta penampilan lebih segar. Pakej M Sport diberikan customary, menjadikan ia lebih sporty dengan bukaan udara heksagon yang besar di tengah, bukaan udara tepi berbentuk L, kemasan keliling roda sama warna dengan badan serta diffuser yang besar.

Perubahan mannequin facelift ini adalah lebih jelas di dalam, dengan papan pemuka baru yang meminjam banyak elemen daripada 3 Series G20 termasuk penukar gear. Skrin di tengah adalah lebih besar, iaitu 12.3 inci untuk kedua-dua varian dan BMW Live Cockpit Professional, yang memberikan panel instrumen digital 12.3 inci.

Model ini tidak mempunyai pilihan panel digital melengkung seperti iX, dan ia masih menggunakan BMW Operating System 7, bukannya versi generasi kelapan yang paling baru. Sebagai sebahagian daripada pakej M Sport, iX3 juga datang dengan roda stereng M Sport, tempat duduk sport serta lapik bumbung hitam.

Dalam senarai spesifikasi, tidak banyak perbezaan antara dua varian ini. Inspiring yang merupakan varian asas sudah dilengkapi dengan lampu LED adaptif, rim Style 842 19 inci, balutan kulit Vernasca, papan pemuka dibalut kulit tiruan Sensatec, kemasan brushed aluminium serta penukar gear berwarna perak.

Turut diberikan adalah sistem masuk tanpa kunci, butang pemula enjin, tempat duduk hadapan larasan kuasa dengan pemanas dan memori untuk pemandu, pengawal suhu tiga zon, pengecas Qi tanpa wayar, bumbung panoramik, bantuan letak kereta dengan Reversing Assistant, 12 pembesar suara, sistem bunyi 205 watt, kamera undur serta tailgate bukaan kuasa tanpa sentuh.

Varian Impressive pula ditambah dengan lampu utama LaserLight, rim Style 890 M 20 inci, head-up show, tingkap tepi kaca akustik, kawalan pergerakan, 14 pembesar suara, sistem bunyi Harman Kardon 464 watt, sistem kamera 360 darjah dan bunyi kenderaan sintetik IconicSounds Electric yang dibangunkan bersama Hans Zimmer.

Kedua-dua varian juga datang dengan pakej Driving Assistant Professional, yang memberikan pelbagai ciri keselamatan seperti Autonomous Emergency Braking, Evasive Steering Assist, Adaptive Cruise Control with Stop and Go, Lane Centring Assist, Blind Spot Monitoring, Traffic Sign Recognition, Emergency Stop Assist serta Adaptive High Beam.

Model iX3 ini juga datang customary dengan amaran bunyi untuk pejalan kaki dan Active Protection, iaitu satu sistem yang mengetatkan tali pinggang serta mengunci semua tingkap sekiranya mengesan sebarang risiko perlanggaran (seperti Pre-Safe Mercedes-Benz).



Source link