Chery Omoda 5 dibuka untuk tempahan di China — 197 PS/290 Nm enjin 1.6 liter TGDI, juga 1.5 liter TCI

0
3

Chery kini mula mengambil tempahan bagi SUV Omada 5 untuk pasaran China, selepas pengenalannya di sana November lalu. SUV segmen B yang menjadi pesaing dalam kelas yang sama seperti Proton X50 dan Honda HR-V ini turut telah disahkan akan tiba di Malaysia, menjadi antara yang terawal untuk pasaran antarabangsa mannequin berkenaan termasuk Australia dan Eropah.

Di China, Omoda 5 akan ditawarkan dalam tujuh varian, dengan pilihan enjin 1.6 liter TGDI turbocas petrol dengan transmisi automatik tujuh-kelajuan dan 1.5 liter TCI dengan 9CVT. Bagi varian 1.6L, Omoda 5 menghasilkan 197 PS dan 290 Nm tork, membolehkan pecutan 100 km/j dalam masa 7.8 saat.

Menurut Chery, turut ada sistem janaan lain untuk SUV berkenaan, dengan memanfaatkan Dedicated Hybrid Transmission (DHT) oleh pengeluarnya sendiri, yang terdiri daripada dua motor, sembilan mod, 11 kombinasi gear dan pacuan twin-shaft.

Empat mod pemanduan disediakan untuk Omoda 5 — Eco, Normal, Sport and Super Sport — yang dibezakan dengan puncak outpun enjinnya, dengan perubahan juga paparan meter. Dalam mod Super Sport, lampu suasana juga berubah kepada kuning dengan “gelombang bunyi” di mainkan dari sistem audionya.

Dari segi saiz, Omoda 5 dihasilkan dengan dimensi 4,400 mm panjang, 1,830 mm lebar and 1,585 mm tinggi, dengan jarak roda sejauh 2,630 mm. Sebagai perbandingan, Honda HR-V terbaharu (generasi ketiga yang belum dilancarkan di Malaysia) dihasilkan dengan dimensi 4,330 mm panjang, 1,790 mm lebar, 1,590 mm tinggi dan jarak roda sejauh 2,610 mm – jelas Omoda 5 adalah sedikit lebih besar.

Dalam kabin, Omoda 5 diberikan perincian seperti roda stereng balutan kulit rata di bawah, skrin berkembar 12.3-inci (untuk instrumen dan infotainmen, seperti Mercedes-Benz), kawalan pusat untuk media dan pendingin hawa, dan juga terowong tengah yang tinggi untuk memisahkan ruang pemandu dan penumpang hadapan, serta tempat duduk sport yang kelihatan mewah.



Source link