Great Wall Motors masuk Malaysia secara rasmi – Ora Good Cat, Haval H6 dan Jolion diperkenal bermula Q4

0
8

Great Wall Motors secara rasminya sudah kembali ke pasaran Malaysia, dan sekarang diuruskan oleh Great Wall Motor Sales Malaysia. Syarikat baru ini akan bertanggungjawab untuk semua pemasaran serta pengedaran produk GWM di dalam negara.

Strategi sama seperti di Thailand akan digunakan di negara kita, dan syarikat itu memberitahu bahawa perancangan untuk pasaran Malaysia akan dibuat mengikut strategi tenaga baru ASEAN, di mana mannequin kenderaan hibrid dan elektrik bateri akan menjadi produk utama.

Menurut pengarah urusan Great Wall Motor Malaysia, Cui Anqi, syarikat mempunyai perancangan untuk mengutamakan pembangunan rangkaian operasi demi menghasilkan pengalaman pelanggan yang unik untuk rakyat Malaysia. Bersamanya juga akan ada identiti korporat baru untuk pengedar. Beliau menambah, jenama itu juga akan memperkenalkan polisi jaminan dan servis yang akan menjadi peneraju dalam pasaran, tetapi perinciannya masih belum didedah.

Penekanan akan diberi pada bahagian selepas jualan, dengan langkah yang akan diambil termasuk mewujudkan gudang alat ganti di Lembah Kelang. Jenama ini juga akan memperkenalkan pusat talian servis pelanggan yang beroperasi sepanjang masa, dan disokong dengan pasukan servis teknikal.

Cui berkata, operasi CKD berada dalam perancangan jangka masa panjang syarikat. “Kami akan terus meneroka pasaran Malaysia dengan menambah lagi pelaburan di dalam negara dan melakukan pemasangan tempatan melalui kerjasama dengan Go Auto Group,” kata beliau.

Semasa acara pengumuman ini, syarikat itu juga mengambil peluang menunjukkan EV Ora Good Cat. Kereta ini memang akan masuk ke pasaran Malaysia, tetapi mungkin sedikit lambat kerana produk pertama Great Wall Motor Malaysia diberitahu cuma akan diperkenalkan pada suku keempat tahun ini. Petunjuk untuk harga juga tidak diberi.

Model lain yang dijangka tiba di negara kita adalah termasuk Haval H6, yang sudah pernah ditemui diuji atas jalan raya di sini. Di Thailand, mannequin ini ditawarkan dalam versi plug in hybrid, yang menggunakan gabungan enjin 1.5 liter turbo dengan motor elektrik, menghasilkan 243 PS dan 530 Nm tork.

Turut dijangka tiba adalah Haval Jolion, yang juga pernah ditemui di sini. Melihat kepada negara jiran, Thailand, SUV ini ditawarkan dalam versi hibrid, yang menggunakan enjin 1.5 liter turbo, menghasilkan kuasa 190 PS dan 375 Nm tork, dengan padanan transmisi DCT dan pacuan roda hadapan.



Source link