Harga minyak 6-12 Jan – RON97 naik 3 sen seliter

0
5
Sponsored:

Kementerian Kewangan (MOF) telah memaklumkan bagi minggu bertarikh 6 hingga 12 Jan 2022, harga bahan api petrol RON 97 mengalami kenaikan sebanyak 3 sen seliter, menjadi RM3.03 seliter, berbanding RM3.00 seliter pada minggu sebelum ini.

Namun demikian, harga runcit bagi petrol RON 95 masih dikekalkan pada paras RM2.05 seliter. Harga tersebut tidak berubah sejak Februari 2021 dan telah pun mencapai harga siling.

Begitu juga dengan harga diesel Euro B10/B20 juga dikekalkan pada harga RM2.15 seliter, dan gred Euro 5 B7 pula berharga RM2.35 seliter. Kini harga diesel gred Euro 5 B7 lebih 20 sen daripada Euro B10/B20, berbanding 10 sen sebelum ini.

Harga baharu ini berkuatkuasa mulai 12.01 tengahmalam ini, sehinggalah Rabu hadapan iaitu pada 13 Januari 2022.



Source link

Sponsored: