Home English News Automotive Honda ADV 160 vs ADV 150 – banyak beza selain enjin

Honda ADV 160 vs ADV 150 – banyak beza selain enjin

0
Honda ADV 160 vs ADV 150 – banyak beza selain enjin

Beberapa hari lalu, kita sudah melihat Honda mendedahkan buat kali pertamanya ADV 160 di pasaran Indonesia. Perubahan paling utama dilakukan pada pengganti ADV 150 ini adalah enjin, di mana sekarang ia menggunakan unit satu silinder suntikan bahan api 156.9 cc, tetapi bagaimana pula dengan bahagian lain seperti panel badannya?

Ternyata, apabila melihat gambarnya secara terperinci, panel badan ADV 160 ini adalah berlainan berbanding ADV 150, meskipun secara kasarnya ia masih mengekalkan konsep rekaan yang sama. Bermula dari panel yang memegang lampu hadapan, tepi, bawah, pelindung ekzos, penghadang angin dan penghadang lumpur hadapan, semuanya adalah baru.

Walaubagaimanapun, daripada pandangan mata kami, unit lampu LED hadapan dan belakang skuter ala journey ini masih lagi sama, dan begitu juga dengan rekaan rim bersaiz 14 inci di hadapan dan 13 inci di belakang, dibalut dengan tayar masing-masing 110/80 dan 130/70, serta tempat duduknya.

Pergi pula ke bahagian meter, anda boleh menyaksikan skrin LCD pada ADV 160 kini menggunakan unit yang rata tanpa sebarang butang, dan di sekelilingnya tidak mempunyai pelindung plastik seperti pada ADV 150. Semua informasi dipaparkan pada skrin ini, termasuklah lampu amaran yang sebelum ini diasingkan pada ADV 150, dan di bawahnya terdapat tiga butang yang kami kira, mungkin adalah untuk membuat pilihan pada skrin tersebut.

Kembali pada enjinnya, dengan kapasiti yang lebih besar, sudah tentu kuasanya juga meningkat, dan sekarang mampu menghasilkan 15.8 hp pada 8,500 rpm dan 14.7 Nm tork pada 6,500 rpm, berbanding 14.6 hp pada 8,500 rpm dan 13.9 Nm tork pada 6,500 rpm bagi ADV 150 sebelum ini. Enjin ini juga datang dengan sistem begin/cease, dan boleh memberikan penggunaan bahan api sehingga 45 km/l.

Dengan perubahan yang diberikan pada panel badan ADV 160 ini, ruang simpanan di bawah tempat duduknya juga dapat dibesarkan lagi sebanyak dua liter, menjadikan kapasiti keseluruhannya 30 liter. Suspensi masih lagi tetapan fork teleskopik di hadapan dan dua penyerap kayaba dengan tabung fuel di belakang, menghasilkan kelegaan dari tanah 165 mm yang sama seperti sebelum ini, tetapi tinggi tempat duduk telah direndahkan 15 mm, menjadi 780 mm.

Satu lagi peningkatan penting pada ADV 160 adalah sistem kawalan cengkaman HSTC. Di Indonesia, ADV 160 ditawarkan dalam dua varian iaitu CBS yang berharga 36 juta rupiah (RM10,624) dan ABS yang berharga 39.25 juta rupiah (RM11,583), dan sistem kawalan cengkaman ini diberikan commonplace untuk mannequin ABS.

Gambar yang kami dapat ini juga agak terhad, kerana laman net PT Astra Honda Motor tidak dapat diakses dari hari pelancaran itu sehinggalah sekarang, tetapi melaluinya sekurang-kurangnya anda sudah dapat melihat beza antara ADV 160 dan juga ADV 150. Klik gambar untuk besarkan.



Source link