Home English News Automotive Honda M’sia akan lancarkan program servis bergerak

Honda M’sia akan lancarkan program servis bergerak

0
Honda M’sia akan lancarkan program servis bergerak

Honda Malaysia (HMSB) telah mengumumkan bahawa ia akan melancarkan program servis bergerak tidak lama lagi, bagi memberikan lebih fleksibiliti untuk khidmat servis selepas jualannya.

Program ini disasarkan untuk membolehkan pelanggannya menservis kereta dengan lebih selesa, dan tempahan untuk perkhidmatan tersebut boleh dibuat dengan mudah menggunakan aplikasi HondaContact. Selepas menerima tempahan, pasukan servis bergerak ini akan ke tempat yang dipilih oleh pelanggan pada masa yang telah ditetapkan.

Menurut HMSB lagi, langkah untuk memperkenalkan pilihan servis baharu ini juga disasarkan untuk menambahbaik pengalaman servis untuk jenamanya, selari dengan fokus utama syarikat berkenaan untuk tahun ini. Walau bagaimanapun, tarikh sebenar bila perkhidmatan ini akan dilancarkan masih belum diumumkan, tetapi Honda Malaysia ada menyebut bahawa ia akan bermula “dalam masa terdekat”.

Namun, salah satu pengedar rasmi Honda di Lembah Klang iaitu Weststar Auto telah pun memulakan perkhidmatan servis bergerak ini bermula April tahun lalu.

Program yang dibuat atas inisiatif pengedar itu sendiri menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan yang boleh dibuat di tempat yang dipilih pelanggan dengan servis seperti penukaran minyak dan penapis minyak enjin, pemeriksaan dan penukaran pad brek, penukaran bateri, serta kerja-kerja berkaitan panggilan semula.

Source link