Kesesakan trafik di KL pada 2021 turun susulan Covid-19, masa terbuang ‘hadap jem’ 48 jam setahun-laporan

0
35

(*48*)

(*48*)Syarikat perisian yang terkenal dengan teknologi navigasi, TomTom, telah mengeluarkan satu kajian yang digelar “TomTom Traffix Index” untuk tahun 2021 berhubung dengan kesesakan lalu lintas di 404 kawasan bandar yang meliputi 58 buah negara dalam enam benua.

(*48*)Menerusi kajian terbabit, ternyata kesesakan lalu lintas di bandar-bandar yang disenaraikan itu berkurangan susulan penularan wabak Covid-19. Ini termasuklah bandaraya Kuala Lumpur yang menduduki tangga ke-210 dalam index tahunan terbabit yang didapati berkurangan secara drastik pada tahun lalu. Menurut kajian terbabit, pemandu di Kuala Lumpur dianggarkan terpaksa membuang masa sekitar 48 jam setahun untuk ‘mengadap’ kesesakan trafik, laporan World Of Buzz.

(*48*)Di mana pada tahun lalu, penurunan ketara dalam tahap kesesakan trafik di Kuala Lumpur dengan information menunjukkan purata masa perjalanan berkurangan sebanyak 4 minit setiap hari. Berbanding pada tahun 2020, Kuala Lumpur yang menduduki tangga ke-77 dan direkodkan mencatatkan kerugian masa sekitar 126 jam, manakala pada 2019 pula, bandaraya ini berada di tangga ke-46 dengan kerugian masa dianggarkan sekitar 170 jam.

(*48*)

(*48*)Manakala tahap kesesakan trafik di Kuala Lumpur untuk tahun 2021 mencecah 21%, bermakna secara puratanya, masa perjalanan adalah 21% lebih lama berbanding semasa keadaan tidak sesak. Sementara itu, tahap kesesakan di Kuala Lumpur ialah 28% pada 2020 dan 37% pada 2019.

(*48*)Kajian terbabit turut mendedahkan pada tahun 2019 dan 2020, pada setiap Jumaat dari jam 6 petang hingga 7 malam adalah waktu yang paling ‘sengsara’ untuk memandu. Walau bagaimana pun, pada tahun 2021 pula, hari Rabu pada jam yang sama pula direkodkan sebagai ‘waktu yang paling sesak’.

(*48*)Berdasarkan indeks terkini ini, Istanbul direkodkan menduduki tempat pertama dalah kesesakan lalu lintas yang paling teruk dengan dianggarkan masa yang terbuang sekitar 142 jam setahun. Moscow pula berada di tempat kedua dengan 140 jam setahun masa yang terbuang, manakala Kyiv di Ukraine pula menduduki tangga ketiga (128 jam setahun).

(*48*)Anda boleh melihat senarai penuh bandar yang tersenarai dalam “TomTom Traffix Index” untuk tahun 2021 menerusi PAUTAN INI.

Source link