Kucing Lari Elak Mandi, Tapi Gelagat Anjing Settlekan Masalah Tuannya Pula Dapat Perhatian

0
61

Menerusi video yang dimuat naik oleh @meoww_cattt, kelihatan kucing itu berada di dalam bilik air bersama tuannya untuk sesi mandi.

Namun, ia dilihat melarikan diri apabila kakinya terkena air itu. Tidak lama kemudian, datang pula seekor anjing membawa tong sampah berwarna hitam kepada tuannya.

Rupa-rupanya, tong sampah itu dijadikan sebagai alat untuk perangkap si kucing supaya ia tidak lari lagi. Pada akhir video, anjing itu dilihat memegang tong sampah sambil kucing itu dimandikan oleh tuan mereka dengan membuat muka pasrah.



Source link