Lebuhraya Pan Borneo – 20 daripada 25 seksyen di bawah Fasa 1 untuk Sarawak dijangka siap tahun ini

0
30

(*1*)

Menurut Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, sebanyak 20 daripada 25 seksyen di bawah Fasa 1 Lebuhraya Pan Borneo Sarawak dijangka siap sepenuhnya pada tahun ini, laporan Bernama.

Beliau menambah, lima seksyen yang masih berbaki iaitu Bukit (*20*), Spaoh, Lambir, Tatau dan Sarikei kini menghadapi beberapa masalah termasuk kekurangan tenaga kerja dan juga pengolahan reka bentuk. Walau bagaimana pun, lima seksyen itu dijangka siap pada April tahun hadapan.

“Sebagai contoh, untuk Bukit Begunan di Sri Aman, ia sedikit mencabar kerana keadaan tanahnya tidak sesuai dengan reka bentuk. Jadi kita perlu meneliti semula reka bentuknya kerana sebelum ini berlaku runtuhan,” ujarnya.

Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo telah bermula sejak tahun 2015 dan sehingga kini telah siap sebanyak 85%. Pada akhir Mei lalu, Fadillah memberitahu Bernama, 19 daripada 35 pakej kerja di bawah Fasa 1 untuk projek Pan Borneo Sabah akan menggunakan peruntukan daripada kerajaan persekutuan. Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah-Sarawak ini adalah sepanjang 2,325 km, dengan 786 km adalah di bawah jajaran Sarawak.



Source link