MRT Laluan Putrajaya mula beroperasi pada 16 Jun 2022 – Fasa 1 ada 12 stesen, Fasa 2 pada Jan 2023

0
2

(*1*)

Selepas perancangan asalnya untuk mula beroperasi pada November 2021 tertangguh disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), terkini MRT Laluan Putrajaya dijadualkan bakal dibuka pada jam 3 petang pada 16 Jun 2022, menurut laporan FMT.

Untuk Fasa 1 ini, ia melibatkan sebanyak 12 stesen seperti yang tersenarai di bawah:

  • Kwasa (*12*) (P) (pertukaran ke MRT Laluan Kajang)
  • Kampung Selamat
  • Sungai Buloh (P) (pertukaran ke KTM Pelabuhan Klang)
  • (*12*) Damai (P)
  • Sri (*12*) Barat (P)
  • Sri (*12*) Sentral (P)
  • Sri (*12*) Timur (P) (pertukaran ke KTM Pelabuhan Klang)
  • Metro Prima (P)
  • Kepong Baru
  • Jinjang (P)
  • Sri Delima
  • Kampung Batu (pertukaran ke KTM Seremban)

Stesen yang bertanda (P) di dalam senarai turut dilengkapi dengan lot parkir. Begitu juga dengan stesen pertukaran turut ditanda dalam senarai.

Fasa 1 dengan 12 stesen pertama dari Kwasa (*12*) ini, melibatkan jajaran sepanjang 17.5 km. Di mana tempoh waktu perjalanan tren dari Kwasa (*12*) ke Kampung Batu dianggarkan dalam 24 minit.

Manakala untuk Fasa 2 pula dijangka akan mula beroperasi pada Januari 2023, jika mengikut perancangan awal. Ia bakal melibatkan 24 stesen dari sejumlah 36 stesen secara keseluruhannya dengan jajaran sepanjang 57.7 km iaitu dengan 38.7 km laluan bertingkat dan 13.5 km laluan bawah tanah, yang menghubungkan Kwasa (*12*) ke Putrajaya Sentral.

(*2*)

Source link