myTukar Autofair 2022 – Toyota Corolla 1.8G dengan servis percuma, kadar faedah serendah 1.68% setahun

0
5
Sponsored:

Hanya ada beberapa hari saja lagi sebelum myTukar Autofair akan berlangsung dari 7 hingga 9 Januari ini di myTukar Retail Experience Centre – Puchong Selatan. Di sini, kita akan melihat antara kereta-kereta menarik yang anda boleh beli sewaktu acara kereta terpakai terbesar di Malaysia, bermula dengan Toyota Corolla 1.8G 2020 ini.

Sedan kacak ini baru hanya berusia satu tahun dan masih lagi antara mannequin segmen C yang menarik. Unit yang menggunakan warna Celestite Grey Metallic ini berada dalam keadaan yang sangat rapi, dengan hanya mencatat jarak batuan 20,000 km. Paling menarik adalah harganya, yang cuma RM116,800, iaitu hampir RM18,000 lebih murah berbanding harga unit baru.

Walaupun harganya lebih murah, anda masih akan dapat kadar faedah serendah 1.8% setahun, sama seperti kereta baru. Harga ini malah lebih rendah berbanding varian asas 1.8E, dan dengan varian 1.8G, anda akan mendapat lebih banyak kelengkapan termasuk lampu utama dan lampu kabus LED, serta rim khas untuk varian tinggi ini.

Masuk ke dalam (menggunakan sistem tanpa kunci), anda akan mendapat tempat duduk kulit serta kelengkapan moden seperti butang pemula enjin, tempat duduk pemandu larasan kuasa, pengawal pendingin hawa dua zon, sistem kamera 360 darjah, serta skrin infotainmen sembilan inci dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Lebih bagus lagi, varian 1.8G ini mendapat pakej bantuan pemandu Toyota Safety Sense lengkap, yang termasuk Autonomous Emergency Braking, Adaptive Cruise Control dengan ciri cease and go, Lane Centring Assist, Lane Keeping Assist, Blind Spot Monitoring, Automatic High Beam, Vehicle Stability Control dan tujuh beg udara. Model ini digerakkan oleh enjin empat silinder 1.8 liter Dual VVT-i 2ZR-FE dan dipadankan bersama transmisi CVT Shiftmatic dengan tujuh nisbah gear maya untuk menghasilkan kuasa 139 PS dan 172 Nm tork.

Seperti yang telah diberitahu, Corolla ini sangat bersih, dengan cat yang tiada cela, bahagian dalam terjaga dan tiada langsung kesan pemakaian yang boleh dilihat pada kemasan kulitnya. Ia juga datang dengan package kecemasan dan pengepam tayar asal, serta pelapik kaki dari kilang, perakam video Toyota serta alas di dalam however.

Sebagai tambahan, kereta ini telah melalui proses pemeriksaan 123 bahagian oleh myTukar, untuk memastikan tiada sebarang masalah yang menanti pemilik baru. Anda juga jangan lupa, kereta ini masih berada dalam jaminan asal kilang, dan myTukar akan menambah servis percuma selama satu tahun – sesuatu yang UMW Toyota Motor juga tidak berikan pada kereta baru.

Anda boleh mendekati Corolla ini serta pelbagai lagi kenderaan lain di myTukar Autofair 2022, yang akan mempamerkan lebih 1,000 kenderaan terpakai bermacam jenama, daripada Perodua dan Proton, pelbagai Honda dan Toyota, hinggalah mannequin premium seperti Mercedes-Benz, BMW, Volvo dan pelbagai lagi.

Setiap pembelian myTukar akan termasuk sekali lanjutan waranti setahun dan servis percuma setahun — tawaran yang jarang diberikan untuk kereta terpakai. Dan, sekiranya berdepan masalah atau berubah fikiran tentang kereta yang dibeli itu, anda hanya perlu memulangkannya dalam tempoh lima hari, tanpa sebarang soalan ditanyakan.

Bukan setakat itu, anda juga akan menerima tawaran istimewa lain jika membeli kereta di acara berkenaan, seperti kadar faedah pinjaman serendah 1.68%, kelulusan pinjaman dan serahan kenderaan pada hari yang sama* serta pengalas kaki Trapo untuk setiap pembelian kereta.

Tawaran yang diberi tidak terhenti di situ kerana anda juga berpeluang memenangi hadiah menarik melalui promosi myTukar Lucky Spin Promo. Ada enam hadiah disediakan untuk pemenang, termasuk Apple iPad generasi kesembilan, pulangan tunai RM888, filem penapis haba Raytech bernilai RM1,000, lanjutan waranti tambahan selama setahun, kad minyak bernilai RM500 atau baucar Trapo bernilai RM500.

Jika itu masih lagi tidak cukup, anda juga mempunyai peluang untuk memenangi sebuah Proton X70 Premium bernilai RM100,000 melalui peraduan Ulang Tahun ke-4 myTukar, yang boleh disertai dengan membeli kenderaan sewaktu acara tersebut.

Liputan meluas myTukar di seluruh negara kini termasuk bilik pameran kenderaan premium yang lebih besar serta kemudahan servis sendiri yang menyeluruh memberikan anda pengalaman penyelenggaraan kenderaan lebih menenangkan, meskipun untuk kenderaan terpakai.

Apa yang pasti, ada banyak sebab untuk anda hadir ke acara myTukar AutoTruthful 2022. Tahap keselamatan yang tinggi akan dipraktikkan sewaktu acara berlangsung – prosedur pencegahan Covid-19 yang ketat akan dikuat kuasakan, termasuk kaedah bayaran tanpa sentuhan dan penggunaan pelitup muka sepenuh masa, vaksinasi penuh dan jaga jarak fizikal.

Maklumat lanjut tentang acara ini boleh didapati di laman rasmi myTukar, atau layari inventori di sini untuk mencari kereta yang anda inginkan. Jumpa di sana!

myTukar Retail Experience Centre – Puchong South,
Lot 14225, KM 3.8,
Lebuhraya Damansara-Puchong
47100 Puchong, Selangor, Malaysia



Source link

Sponsored: