Nissan X-Trail, Serena S-Hybrid dapat warna baru Monarch Orange dan Radiant Red sempena CNY

0
8
Sponsored:

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) memaklumkan yang Nissan X-Trail dan Serena S-Hybrid kini masing-masing akan ditawarkan dalam warna baru Monarch Orange dan Radiant Red sempena Tahun Baru Cina. Kedua-dua warna ini diambil dari penawaran warna Almera.

Bagaimanapun, pilihan warna baru ini hanya ditawarkan bagi varian terpilih sahaja — dalam kes ini, X-trail 2.0 Mid petrol dan Serena S-Hybrid Premium Highway Star. Semua unit dengan warna baru ini adalah dari stok tahun 2022 dan bukan dari stok lama.

Seperti namanya, varian 2.0 Mid adalah varian pertengahan bagi barisan X-Trail di sini. Ia ada kelengkapan seperti lampu utama LED, rim 17-inci, sistem tanpa kunci, butang penghidup, kawalan pendingin dwi-zon, kerusi balutan kulit dengan larasan kuasa di depan, skrin sentuh infotainmen tujuh-inci dengan Apple CarPlay dan Android Auto, sistem kamera 360-darjah dengan Pengesan Pintar Objek Bergerak (i-MOD) dan pintu ruang barangan kendalian automatik (hands-free).

Selebihnya, ia datang dengan enam beg udara, kawalan kestabilan, amaran penukaran lorong dan peninjau titik buta (AEB dan kawalan melayar adaptif hanya ditawarkan untuk mannequin 2.5 dan Hybrid sahaja). Kuasa pula adalah dari enjin MR20DD 2.0 liter suntikan terus yang menghasilkan 144 PS dan 200 Nm tork yang disampaikan ke roda depan melalui Xtronic CVT. Harga 2.0 Mid ini ialah RM139,643.

Serena S-Hybrid Premium Highway Star pula dilengkapi dengan lampu utama LED, rim 16-inci dwi-tona, sistem tanpa kunci, butang penghidup, kawalan pendingin hawa dwi-zon dengan kawalan untuk corong belakang, kerusi balutan kulit dengan kerusi kapten di barisan kedua, head unit Clarion dengan skrin sentuh 6.75-inci berserta Apple CarPlay dan Android Auto, kluster instrumen digital tujuh-inci dan pintu kegelungsur automatik.

Kelengkapan keselamatan termasuklah enam beg udara, kawalan kestabilan dengan kamera 360-darjah berserta i-MOD. MPV ini dikuasakan oleh enjin MR20DD versi mild-hybrid, menjana 150 PS dan 200 Nm tork dan transmisi Xtronic CVT. Versi Radiant Red bagi MPV ini datang dengan bumbung gelap dan dijual pada harga RM152,103. Semuanya harga atas jalan tidak termasuk insuran, dan dengan pengecualian cukai SST hingga 30 Jun nanti.



Source link

Sponsored: