Pemandu teksi mahu kerajaan lancar platform e-hailing sendiri bagi gantikan aplikasi persendirian sedia ada

0
60

Pemandu teksi di Malaysia telah menggesa agar kerajaan membangunkan sendiri perkhidmatan e-hailing yang boleh digunakan di seluruh negara, dengan menyatakan bahawa langkah sedemikian dapat memastikan pengagihan perkhidmatan dan pertumbuhan industri yang lebih adil. Perkara ini dluahkan oleh Penyatuan Pemain Industri Pengangkutan Darat Malaysia (PPDM), mewakili suara pemandu teksi yang terlibat, laporan Malaysiakini.

Dalam memorandum yang dihantar ke pejabat Perdana Menteri, organisasi terbabit yang melibatkan para pemandu, pengusaha dan persatuan teksi dalam industri pengangkutan darat di negara ini, menggesa agar kerajaan membangunkan aplikasi e-hailing sendiri bagi menggantikan aplikasi yang dimiliki. oleh syarikat persendirian.

“Syarikat terbabit secara terang-terangan telah merompak berbilion ringgit dalam industri ini dan merosakkan ekosistem industri teksi negara, serta mewujudkan ketidakharmonian dalam kalangan pemandu teksi dan e-hailing,” katanya.

Menurut PPDM, berbilion ringgit yang diperoleh menerusi perkhidmatan ride-hailing yang dikendalikan kerajaan boleh digunakan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan teksi dan juga akan dapat menyediakan skim perlindungan insurans kepada pemandu teksi dan kenderaan.

Tambahnya lagi, keuntungan itu juga boleh digunakan untuk menyediakan biasiswa untuk anak-anak pemandu teksi dan memberikan pampasan RM100,000 kepada waris mereka. “Pendek kata, wang daripada industri akan dikembalikan kepada industri dan tidak dibenarkan dirompak keluar negara, yang telah berlaku selama ini,” ujar PPDM menerusi memorandum terbabit.

Para pemandu teksi juga menggesa agar kerajaan menghapuskan double commonplace sedia ada di dalam perkhidmatan teksi dan ride-hailing, menggunakan kadar tambang dan peraturan yang konsisten antara kedua-dua industri. “Ini kerana kedua-dua perkhidmatan menjalankan aktiviti yang sama iaitu membawa penumpang dari satu destinasi ke destinasi lain dengan mengenakan kadar tertentu,” kata PPDM dalam memorandumnya. Ia turut meminta kerajaan mengiktiraf kedua-dua industri di bawah kategori komersil.

Organisasi terbabit juga mendakwa telah banyak kali menghantar surat kepada Kementerian Pengangkutan dan menteri yang terbabit, memohon penyelesaian untuk masalah ini, tetapi tiada satu daripada isu ini telah ditangani. “Akibat tindakan itu, kami sebagai pekerja industri terpaksa melalui kehidupan yang sukar dan perit. Atas kesedaran itu, kami fikir sudah tiba masanya untuk kami membuat perubahan, kami akan bekerjasama dengan mana-mana parti komponen yang bersedia untuk mematuhi tuntutan kami,” katanya.

Ini bukanlah pertama kali para pemandu teksi meminta kerajaan mengambil tindakan terhadap perkhidmatan ride-hailing. Terdahulu, beberapa kumpulan pemandu teksi pernah menggesa pihak kerajaan untuk mengharamkan perkhidmatan menggunakan kereta persendirian, dengan memberi alasan perkara ini menjejaskan mata pencarian mereka.



Source link