Polestar 2 “Arctic Circle” EV konsep rali musim sejuk

0
38

(*2*)

Polestar 2 didedahkan kali pertama pada tahun 2019, dengan membawa bentuk badan fastback lima pintu dan menjadi mannequin elektrik penuh pertama jenama dari Sweden tersebut. Kini, muncul pula mannequin konsep rali musim sejuk yang dipanggil sebagai Polestar 2 “Arctic Circle”.

Nama tersebut merujuk kepada persekitaran sejuk ekstrem di Sweden Utara, yang dijadikan sebagai tempat program pembangunan selama 15 minggu bagi kereta tersebut. Di situ, suhunya boleh menjadi serendah -35 darjah celsius.

Polestar 2 “Arctic Circle” adalah satu hasil daripada ketua jurutera casis Polestar, Joakim Rydholm, untuk menunjukkan kepakaran beliau dalam talaan casis kenderaan untuk keadaan di kawasan salji dan ais. Ia juga mengambil inspirasi daripada kereta rali musim sejuk.

Mengambil Polestar 2 Long Range Dual Motor dengan Performance Pack sebagai asas, Polestar 2 “Arctic Circle” ini ditinggikan 30 mm, kuasa ditingkatkan kepada 469 hp dan 680 Nm (dalam keadaan customary 408 hp dan 660 Nm), dan dipasang dengan rim rali OZ Racing 19 inci yang dibalut tayar salji berpaku 4 mm.

Sebagai tambahan kepada kedudukan yang lebih tinggi, suspensi juga kini diubah dengan spring 30% lebih lembut, bersama penyerap Ohlins yang boleh dilaras tiga bahagian. Brek asal dengan angkup Brembo empat piston di hadapan masih dikekalkan sementara casis dikuatkan lagi dengan pendakap pada tapak penyerap. Untuk mendapatkan pecutan awal yang lebih baik, pemandu juga boleh menggunakan sistem launch management yang disertakan.

“Membuat talaan casis atas salji dan ais membenarkan kami untuk membangunkan kenderaan dalam keadaan yang dirasakan seperti pergerakan perlahan dan dengan lebih lagi ketepatan,” kata Rydholm. Beliau juga turut memberitahu bahawa tahap cengkaman yang lebih rendah membenarkan dinamik kenderaan dapat dirasakan lebih baik dan dianalisa pada tahap kecepatan yang lebih rendah berbanding atas jalan bertar, sekaligus memberikan mereka peluang untuk membuat talaan yang lebih halus pada kenderaan.

Barangan lain yang ditambah pada kereta buatan khas ini adalah skid plate gentian karbon di bahagian bawah bampar hadapan untuk memberikan lebih perlindungan, serta empat unit lampu LED Stedi Quad Pro untuk memberikan penglihatan yang lebih jelas dalam keadaan di Arctic.

Kereta ini juga menggunakan warna kelabu matte khas dengan grafik putih, sementara di bahagian dalam terdapat tempat duduk bucket Recaro dengan balutan khas serta kemasan emas. Pada bahagian ruang simpanan belakang terdapat penyodok khas yang dibuat daripada gentian karbon serta tali pengikat sebagai alat bantuan sekiranya kereta terperangkap.

Pemilik Polestar 2 sedia ada sekarang yang sudah memasang cita-cita untuk berseronok atas salji bagaimanapun masih belum boleh teruja kerana menurut Polestar, “Arctic Circle” ini hanya dihasilkan sekali sahaja dan tidak akan dibuat untuk produksi.



Source link