Produksi trak Ford F-Series cecah 40-juta unit!

0
48

Ford telah menghasilkan trak pikap F-Series mereka selama lebih dari tujuh dekad. Dengan tempoh produksi yang begitu lama serta jualan yang begitu laris, anda rasa berapa banyak trak F-Series ini dihasilkan oleh Ford? Jenama Blue Oval berkenaan mengumumkan bahawa produksi F-Series telah pun mencecah sebanyak 40-juta unit!

Unit trak F-Series yang ke 40-juta berkenaan telah pun keluar dari barisan produksi Kilang Trak Dearbon milik Ford yang terletak di Michigan. Unit berkenaan secara spesifiknya adalah Ford F-150 Tremor 2022 dengan warna badan Iconic Silver.

Kebiasaannya unit produksi yang bersejarah ini akan disimpan di muzium. Tapi tidak untuk trak F-Series unit yang ke-40 juta berkenaan kerana sebaik sahaja gambarnya diambil sebagai untuk rekod arkib, ia terus diserahkan ke pelanggan di Texas, dan digunakan untuk bekerja. “Kerana inilah tugas trak Ford,” kata Ford dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Gambar unit tersebut diambil bersebelahan dengan mannequin asal trak Ford F-Series iaitu Ford F-1 1950. Ford sebenarnya telah memulakan produksi trak F-Series generasi pertama bermula 75-tahun lalu, iaitu pada tahun 1947. Model F-1, F-2, F-3 dan F-4 mula dijual dalam pasaran bermula pada tahun 1948. Trak F-Series generasi pertama tersebut diproduksi dari 1948 hingga 1950.

Selain dari tempoh produksi yang begitu lama, jumlah produksi yang mencecah 40-juta unit ini juga turut disumbangkan oleh jumlah jualan yang begitu memberangsangkan – jika di Malaysia Perodua Myvi menjadi mannequin paling laris sejak sekian lama, di Amerika Syarikat trak F-Series ini menjadi mannequin paling laris selama 40-tahun!

Dengan menjadi aset yang begitu berharga buat Ford, F-Series akan dipastikan terus relevan pada masa akan datang. Oleh itu F-Series telahpun didedahkan dalam versi janaan elektrik sepenuhnya iaitu Ford F-150 Lightning. Dengan motor elektrik berkuasa 563 hp/1,051 Nm, F-150 Lightning mampu memecut dari 0-97 km/j dalam masa di bawah lima saat!

GALERI: Ford F-150 Lightning



Source link