Rakyat Malaysia ke Thai kena yuran kemasukan RM1k

0
5

Pengembara Malaysia yang merancang untuk masuk ke negara jiran, Thailand, harus berhadapan dengan pematuhan yang lebih ketat untuk menyeberangi sempadan, laporan New Straits Times. Malahan hasil tinjauan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam mendapati, suasana di pintu masuk sempadan Malaysia-Thailand itu masih lengang dengan kehadiran orang ramai.

Ini disebabkan oleh syarat ketat yang diperkenalkan oleh pihak berkuasa Thailand, di mana pelancong yang mahu ke negara berkenaan dilaporkan perlu membayar yuran kemasukan sekurang-kurangnya RM1,000.

Menurut pengusaha syarikat pelancongan tempatan, Ooi Jui Hu, kos tempahan penginapan bagi empat orang di Hatyai, Thailand kini mencecah RM5,000 untuk lima hari, selain itu, mereka juga perlu membeli insurans perubatan bernilai RM84,536 dengan bayaran premium dikenakan adalah kira-kira RM500 setiap seorang bagi tempoh tujuh hari, katanya kepada akhbar berkenaan.

Bukan itu sahaja, ujian calitar RTK juga diwajibkan dengan bayaran sebanyak RM350 seorang dan perlu dibayar sendiri oleh pengembara sebaik tiba di resort penginapan.

Setakat 4 April lalu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pada kenyataan memaklumkan, hanya 6,980 pergerakan warga asing direkodkan di pintu masuk Bukit Kayu Hitam, berbanding 160,818 di Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru, Johor.

Source link