Tak Sengaja Langgar Kereta Depan, Gadis Terharu Pemilik Kereta Tak Melenting

0
18

Menerusi video berkenaan, dipercayai rakaman tersebut merupakan video daripada dashcam kereta yang dipandu oleh seorang gadis. 

Sedang asyik dia memandu ke depan, dia tidak sengaja terlanggar kereta hadapannya yang berjenama Honda. Kemudian, pemilik kereta itu turun dan memeriksa keadaan keretanya. 

Gadis dalam kereta juga turun dan sempat meminta maaf kepadanya. Dia juga mengajak pemilik kereta itu pergi ke bengkel terdekat. 

Apa yang menarik perhatian adalah apabila pemilik kereta itu sangatlah baik dan menenangkan gadis itu. Pemilik kereta itu berkata “Sikit saja, jangan risau. Everyone make errors”.

Gadis itu juga sempat berpesan kepada orang ramai supaya jaga dan servis kereta supaya dapat mengelakkan kemalangan. 



Source link