Home Community Entertainment [VIDEO] "Rumah Hangus Terbakar" – Mak Cik Ini Berjaya Dapatkan Semula Emas Bernilai RM20K

[VIDEO] "Rumah Hangus Terbakar" – Mak Cik Ini Berjaya Dapatkan Semula Emas Bernilai RM20K

0
[VIDEO] "Rumah Hangus Terbakar" – Mak Cik Ini Berjaya Dapatkan Semula Emas Bernilai RM20K

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Barang kemas menjadi benda yang paling diminati terutamanya bagi golongan wanita

Kadangkala memang rambang mata dibuatnya masa tengok barang kemas. Malah, ia juga boleh dikatakan penyelamat jika kita mengalami kesukaran kerana kita boleh menjualnya kembali dengan harga yang tinggi.

Sebab itu ramai orang sekarang ini lebih suka melabur wang mereka kepada membeli emas berbanding benda lain.

Begitupun, baru-baru ini seorang warga emas boleh menarik nafas lega selepas barang kemas miliknya dijumpai selamat selepas anggota bomba terjumpa barangan berkenaan di dalam timbunan sisa kebakaran.

Difahamkan anggaran barangan kemas itu bernilai RM20,000, pihak bomba menemui barangan tersebut sebaik selesai memadam kebakaran sebuah rumah di Kampung Tembesu, Limbat, Kota Bharu semalam.

Image via Sinar Harian

Ketika menjalankan operasi pemadaman, anggota bomba menemui barang kemas seperti gelang, rantai, dan cincin di dalam timbunan sisa kebakaran

Menurut laporan, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Tumboh, Penolong Penguasa Bomba El Taraff Mohd Zachariah berkata, terdahulu seramai 11 anggota dari BBP Pasir Tumboh dan Tunjong bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kebakaran pada jam 5.21 petang.

Katanya, kebakaran dipercayai bermula dari bahagian belakang rumah dan terdapat empat penghuni ketika kebakaran. Tidak ada kecederaan atau kehilangan jiwa dilaporkan berlaku.

Tambahnya lagi, selepas operasi pemadaman, pihaknya melakukan penyerahan barangan kepunyaan keluarga mangsa yang ditemui sepanjang operasi dijalankan.

“Ketika menjalankan operasi pemadaman, anggota bomba menemui barang kemas seperti gelang, rantai, dan cincin di dalam timbunan sisa kebakaran.

“Kami menyerahkan barang kemas yang ditemui kepada keluarga mangsa sambil disaksikan pihak polis,” ujarnya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:



Source link