Aliran trafik di Jalan Dang Wangi-Jalan Ampang dinaiktaraf jadi dua hala mulai 17 Mac 2022 – DBKL

0
50

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memaklumkan bahawa aliran trafik di sebahagian Jalan Dang Wangi dan sebahagian Jalan Ampang (persimpangan AIA-Persimpangan Air (*17*) Bukit Nanas) akan dinaiktaraf iaitu dari laluan sehala menjadi dua hala, berkuatkuasa mulai 17 Mac 2022.

“Bermula dari tarikh tersebut, pengguna yang datang dari arah Jalan Ampang dibenarkan menuju ke Jalan Sultan Ismail dan Balai Polis Dang Wangi

“Perubahan ini bertujuan bagi kelancaran aliran trafik dan bagi memastikan keselamatan para pengguna di kawasan pusat bandar lebih terjamin,” ujar kenyataan yang dikeluarkan oleh DBKL.

Tambah DBKL lagi, perubahan ini dilaksana berdasarkan hasil kajian terperinci yang telah dijalankan oleh pihaknya. Pelaksanaan ini akan meningkatkan lagi keselesaan pengguna jalan raya di samping mengurangkan kadar risiko kemalangan.

“Walau bagaimana pun, para pengguna jalan raya diingatkan supaya terus mematuhi papan tanda arah dan mengutamakan keselamatan bagi memastikan tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini,” sambung DBKL lagi.

Source link