BFGoodrich Trail-Terrain T/A dilancarkan di Malaysia – 41 saiz untuk SUV, trak ringan dan crossover

0
52

BFGoodrich Trail-Terrain T/A telah pun (*41*) di Malaysia, merupakan tayar premium “on-road plus” dengan prestasi atas jalan raya yang cemerlang berserta keupayaan ringan untuk pemanduan di luar jalan raya. Ia dikhususkan untuk kenderaan seperti crossover, SUV dan trak pikap.

Mencerminkan slogannya “Lives on the road, loves to get away”, BFGoodrich Trail-Terrain T/A dirumus dengan ciri ketahanan yang tinggi, sesuai dalam semua musim, dan dibangunkan untuk mengharungi pelbagai jenis cuaca dan kondisi jalan.

Ia membawakan tiga kelebihan utama untuk memberikan prestasi atas jalan raya yang cemerlang serta kehebatan dalam keupayaan dalam merentasi laluan off-highway. Kelebihan pertamanya ialah ia berketahanan tinggi agar anda boleh merentas lebih jauh.

Ia disumbangkan oleh reka bentuk permukaan tayarnya yang dioptimumkan di mana Alur Mengunci 3D tayar ini membekalkan kestabilan blok bunga tayar yang tinggi untuk menjamin kehausan yang sekata. Sekaligus memberikan hayat bunga tayar yang lebih panjang, di samping pemanduan yang lebih senyap dan selesa. Tayar ini juga diberikan enam tahun waranti pengeluar.

Selain itu, ia juga sesuai untuk semua keadaan kerana tayar ini mampu mengharungi cuaca salji yang ekstrem, hadir dengan penarafan ‘three-peak mountain snowflake’ (3PMSF) yang masih dapat membekalkan cengkaman walaupun paras merkurinya telah lama menyusut, disumbang oleh Alur Mengunci 3D untuk membekalkan kuasa dan cengkaman luar basa sepanjang hayat tayar ini.

Bukan itu sahaja, BFGoodrich Trail-Terrain T/A ini juga dibangunkan untuk mengeksplorasi kerana ia memiliki ciri rintang serpihan dan kesan koyak yang berpotensi diakibatkan oleh pemanduan yang sesekali dibuat di atas jalan berbatu, berserta reka bentuk bahu bergerigi yang dioptimumkan untuk cengkaman tanah lembut dalam situasi kegunaan ringan di luar jalan raya tanpa mengkompromikan bunyi hingar jalan raya.

The BFGoodrich Trail-Terrain T/A baharu didatangkan dalam 41 saiz tayar (23 bertaraf-T, dan 18 bertaraf-H) untuk kegunaan SUV, crossover dan trak ringan. Ia boleh dibeli di di pusat pengedaran bertauliah Michelin yang terpilih di seluruh negara

Source link