Geram Dapat Tetamu Dari ‘Neraka’, Pemilik Homestay Ini Terkejut Rumah Ditinggal Bersepah

0
49

Menerusi video yang dimuat naik oleh @zyhafaroshaa, kelihatan wanita itu ingin memeriksa keadaan homestay yang disewakan kepada pelanggannya.

Apa yang membuatkan dia terkejut adalah apabila hampir seluruh homestay tersebut ditinggalkan dalam keadaan yang bersepah dan sampah di merata tempat tidak dibuang.

Lebih mengejutkan lagi, keadaan di dalam setiap bilik juga bersepah dengan cadar katil yang tidak disusun dengan elok, face masks yang sudah dipakai berterabur dan sebagainya. Bukan itu saja, pintu dan tingkap juga tidak ditutup dan seperti sudah tercabut.



Source link