Kawasaki ZX-25R akan tiba di Malaysia tahun hadapan

0
34

Baru sebentar tadi kami siarkan berita model-model CKD dan CBU Kawasaki yang akan tiba di Malaysia, dan kami dapat lihat ada yang memberi komen bertanya tentang satu mannequin 250 cc yang cukup menarik, iaitu ZX-25R. Ini dia maklumat yang kami terima – ia akan tiba di negara kita pada tahun hadapan!

Perkara ini dinyatakan sendiri oleh CEO Modenas, Roslan Roskan, dan beliau turut menambah bahawa bukan kita sahaja yang teruja dengan mannequin ini, malah Kawasaki juga bersemangat untuk memperkenalkannya kepada pasaran Malaysia.

Menariknya berkenaan ZX-25R, ia adalah sebuah motosikal 250 cc yang dihasilkan dengan fokus kepada prestasi, bermula dengan enjin empat strok empat silinder 249.8 cc DOHC penyejukan cecair yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 51 PS pada 15,500 rpm (dengan ram air) dan 22.9 Nm tork pada 14,500 rpm. Laju maksimum yang diberitahu adalah 197 km/j.

Pada bahagian transmisi, mannequin ini menggunakan unit enam kelajuan bersama klac jenis help and slipper, sementara kelengkapan lain juga berspesifikasi tinggi, termasuk dua mod tunggangan, kawalan cengkaman KTRC, throttle valve elektronik, kerangka trellis serta suspensi yang terdiri daripada fork USD SFF-BP 37 mm tanpa pelarasan di hadapan dan monoshock Horizontal Back-link dengan pelarasan pra beban di belakang.

Brek pula menggunakan unit cakera tunggal 310 mm berserta angkup monoblock di hadapan dan cakera 220 mm di belakang. Berat keseluruhan motosikal ini adalah 182 kg, dan ia datang dengan tangki bahan api 15 liter.

Harga apabila ia masuk ke pasaran Malaysia nanti masih belum diberitahu, tetapi sebagai rujukan, ia dijual pada harga RM28,427 di Indonesia, RM36,450 di Thailand dan RM35,692 di Filipina. Untuk membuat jangkaan, mungkin kita perlu menunggu terlebih dahulu Ninja 250 ABS dilancarkan tidak lama lagi.



Source link