Mitsubishi tawar hadiah Playstation 5 di Instagram

0
41

Susah didapati dan kalau ada pun, harganya selalu mahal. Itulah penangan Sony PlayStation 5 (PS5) ketika ini, yang dijual pada harga runcit RM2,299 dan boleh jadi mencecah ke RM3,500 oleh mereka yang ada stok segera.

Tapi di sini ada satu peluang untuk anda mencuba nasib. Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) ingin memberi sebuah PS5 dengan Ultra HD Blu-Ray Disc Drive dan sangat mudah untuk menang. Hadiah berkenaan ditawarkan melalui Instagram dan tidak melibatkan sebarang pembelian. Tidak perlu juga untuk keluar dan ambil gambar, misalnya.

Sama seperti hadiah Nintendo Switch yang pernah MMM tawarkan sebelum ini, apa yang perlu dilakukan adalah ‘Follow’ mitsubishimotorsmalaysia di IG, ‘Like’ hantaran hadiah PS5 ini dan ‘Tag’ tiga rakan anda. Setiap ‘Komen’ akan dikira sebagai penyertaan tambahan, jadi lebih banyak komen maka lebih cerah peluang untuk menang. ‘Repost’ hantaran ini ke ‘Stories’ anda dan tag MMM untuk mata tambahan.

Peraduan mini ini berlangsung dari sekarang hingga tengah malam 31 Mac nanti. Seorang pemenang bertuah akan dipilih secara rawak dan identitinya akan didedahkan pada 1 April nanti. Peraduan ini bagaimanapun hanya terbuka kepada rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas sahaja. Silakan cuba nasib anda.



(*5*)