Op Selamat 17/22 – Selangor catat 2,810 kes kemalangan, 21 maut; 34,329 saman trafik dikeluarkan

0
50

Sepanjang pelaksanaan Op Selamat 17 yang bermula pada 28 Januari hingga 6 (*21*) 2022 sempena Tahun Baharu Cina, Selangor telah mencatatkan sebanyak 2,810 kemalangan jalan raya dan melibatkan 21 kematian.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, statistik itu menunjukkan penurunan 1,374 kes berbanding Op Selamat 16 Tahun Baharu Cina 2020 iaitu 4,184 kemalangan direkodkan bagi tempoh sama, laporan Harian Metro.

“Daripada 2,810 kemalangan itu, 404 kemalangan berlaku di lebuh raya, 219 di jalan persekutuan, 362 kemalangan di jalan negeri, 1,629 kemalangan di jalan bandaran dan 196 kemalangan di lain-lain jalan.

“Bagi kemalangan maut pula, sebanyak 21 kes direkodkan membabitkan 19 kes penunggang motosikal, satu kes pemandu kereta dan satu kes pejalan kaki. Jumlah ini menunjukkan penurunan sebanyak satu kes berbanding 22 kes pada Op Selamat 16,” katanya.

Dalam masa yang sama, sebanyak pihaknya telah mengeluarkan sebanyak 34,329 saman membabitkan enam jenis kesalahan utama terutama melebihi had laju sebanyak 33,252 saman. Kesalahan lain membabitkan tidak patuh lampu isyarat (713), guna alat komunikasi semasa memandu (304), memotong barisan (45), lapan saman memotong garisan berkembar, tujuh saman kesalahan memandu di lorong kecemasan.

“Walaupun Op Selamat 17 sudah berakhir, orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi peraturan lalu lintas ditetapkan,” katanya.



Source link