Proton X50 kini di Mauritius, harga bermula RM121k

0
55

Secara senyap-senyap, rupanya Proton telahpun mula menjual SUV segmen-B mereka iaitu Proton X50 ke pasaran Mauritius awal bulan ini. Tiada sebarang hebohan mahupun pelancaran dibuat, namun menerusi hantaran yang dibuat di laman Facebook Proton Mauritius, mannequin berkenaan mula dijual secara rasmi bermula pada 4 Februari lalu.

Pengumuman bahawa X50 ini akan masuk ke pasaran Mauritius telahpun dibuat pada November tahun lalu, dengan pra tempahan dibuka pada 10 Disember 2021. Proton Mauritius juga mengumumkan bahawa 10-unit X50 yang ditawarkan untuk dipra tempah tersebut habis dijual kesemunya pada hari yang sama!

Pada pasaran berkenaan, X50 dijual pada harga atas jalan tidak termasuk insuran bermula 1,275,000 Rupee Mauritius. Ia juga menerima perlindungan waranti pengeluar selama lima tahun atau 150,000 km.

Kami cuba mencari maklumat berkenaan harga dan spesifikasi Proton X50 ini di laman sesawang rasmi Proton Mauritius, namun hasilnya agak mengecewakan kerana bukan sahaja tiada harga, malah ia masih dalam keadaan caca-marba seolah-olah mereka yang membuat laman tersebut tidak tahu membezakan antara spesifikasi X50 dan X70.

Menerusi foto-foto yang disiarkan dalam laman Facebook berkenaan, dan juga kandungan video dalam akaun YouTube Car Doctor (ditaja oleh Proton Mauritius), nampaknya kepulauan berkenaan menerima X50 dalam varian tertinggi Flagship dengan spesifikasi hampir sama dengan mannequin pasaran Malaysia.

Ia dijana oleh enjin 1.5 liter tiga silinder-turbo dengan sistem suntikan terus (T-GDI) menghasilkan 177 PS dan tork maksima 255 Nm, digandingkan dengan kotak gear klac berkembar automatik tujuh-kelajuan bagi memacu roda hadapan. Ia juga menerima pelbagai perincian lain seperti bumbung panaromik, cat tema dua tona dengan bumbung berwarna hitam, rim aloi 18-inci kemasan dua tona, upholsteri dalaman dengan kulit sintetik leatherette, sistem arahan “Hi,Proton” dan pelbagai lagi.

Proton X50 Flagship ini juga menerima sistem bantuan pemanduan dengan kebolehan autonomi Tahap 2, menampilkan sistem seperti Adaptive Cruise Control dengan Lane Centring Assist, sistem bantuan letak kenderaan untuk keluar dan masuk, brek kecemasan automatik, Lane Keeping Assist serta lampu tinggi automatik.

Source link