[VIDEO] Lelaki Mengeluh Jemput Bini Balik Kerja, Tapi Bila Masuk Kereta Lain Pula Jadinya

0
37

Menerusi video yang dikongsi oleh @saudagarfaiz, kelihatan lelaki itu sedang menunggu isterinya yang baru saja habis kerja di dalam kereta.

Apa yang mencuri perhatian adalah apabila dia mengeluh tidak berhenti semasa merakam isterinya turun dari tangga.

“Menyirap siak, terkedek-kedek. Adoi cepatlah sikit, ingat aku tak ada kerja lain ke nak kena menjemput kau lah apa lah. Aduhai, pintu pun nak kena bukak. Lembab!” bebelnya.

Namun, sebaik saja isterinya masuk ke dalam kereta, tiba-tiba suaranya berubah 100% menjadi lembut. Malah, dia siap bertanya tentang keadaan isterinya seperti seorang lelaki yang penyayang.



Source link