Volkswagen ID. Buzz bagi edisi khas “Obi-Wan Kenobi” dibikin untuk meraikan siri baharu Star Wars

0
43

Volkswagen telah membikin dua edisi khas bagi van elektrik ID. Buzz sempena dengan meraikan tayangan perdana siri TV baharu “Obi-Wan Kenobi”, watak yang cukup standard menerusi filem Star Wars. Ia turut memiliki tema yang sama dengan Star Wars iaitu Light Side dan Dark Side.

Bagi Light Side, ia berdasarkan versi kenderaan penumpang ID. Buzz. Dengan krom berkilat di bahagian atas merujuk rekaan kapal angkasa dan droid dari alam semesta Star Wars. Manakala jaluran biru pada sisinya pula, disambung ke hadapan ID. Buzz hingga ke lampu utama dan jaluran cahaya, sebagai simbolik kepada lightsaber biru milik Obi-Wan.

Manakala versi Dark Side diasaskan dari van ID. Buzz Cargo. Ia menampilkan rona hitam pada bahagian bawah, sementara seksyen atas pula dengan hitam pekat. Bagi garisan sisi, lampu utama, jaluran cahaya dan permukaan tingkap pula dengan bayangan merah, diinspirasikan dari lightsaber kesayangan Darth Vader.

Volkswagen ID. Buzz juga turut muncul sebagai penampilan khas dalam Star Wars dan ia boleh disaksikan menerusi perkongsian video di bawah.



Source link