Muat Naik Foto ‘Masjid Ubudiah’ Di Media Sosial, Mesut Ozil Curi Tumpuan Netizen Malaysia

0
38

Sebelum ini juga, Ozil turut pernah memuat naik gambar Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Mac 2021 di Instagramnya.

“Tuhan memberi harapan kepada mereka yang bermimpi – memberi keajaiban kepada mereka yang beriman dan dia tidak pernah mengecewakan orang yang bertawakkal kepada-Nya. Tuhan merahmati kamu,” tulisnya pada kapsyen gambar berkenaan.

Dalam pada itu, Ozil juga merupakan seorang pemain bola sepak yang cukup lantang menyuarakan isu kemanusiaan melibatkan komuniti Muslim di seluruh dunia.

Malah, tindakan Arsenal menyisihkan pemain tersebut turut dikaitkan dengan kelantangannya membela nasib etnik Uighur di China yang didakwa ditindas oleh pihak kerajaan di sana.



Source link