Video Muzik ‘Nang’ Kini Catat Lebih 1.2 Juta Tontonan & Trending Nombor 1 Di YouTube

0
42

“Saya anggap kehadiran lagu pop Melayu berentak Jawa dan ada sentuhan tradisional ini lebih manis kerana pihak PTTI juga sudi melancarkannya.

“Malah tugas sebagai duta pusat ilmiah itu datang dengan tanggungjawab. Saya sendiri bergelar pelajar peringkat Diploma dalam bidang muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM. Saya harap dapat terus mengimbangi seni dan pelajaran sebaik mungkin.

“Saya harap selepas ini peminat akan lebih menyokong karya tempatan dan boleh membuatkan video muzik lagu nyanyian yang lain mendapat tontonan satu juta juga tetapi dalam masa kurang sehari seperti penyanyi antarabangsa lain. Jika itu mampu terjadi, saya akan takjub dan ‘speechless’,”katanya yang merakamkan lagu itu sekitar Januari lalu.

Kata Iman bukan sebuah kerja mudah untuk membawa konsep lagu seperti Nang di dalam sesebuah hasil karya lagu Melayu pop.

“Apatah lagi untuk berada di kedudukan pertama di senarai sohor kini YouTube. Kualiti lagu dan seni muzik video akan sentiasa menjadi kepentingan pertama saya.

“Saya rasa amat beruntung untuk berada di sini dan dapat peluang untuk memperjuangkan karya conventional Malaysia kita. Saya harap semua akan terus menyokong karya hasil artis tempatan kita supaya industri muzik akan terus lebih maju,” katanya.



Source link